UPSI - (H1N1) Tepat jam 12 malam, beberapa pengumuman telah dibuat terutamanya mengenainya status bermulanya pengkuaratinan mahasiswa yang disyaki mempunyai simpton-simpton H1N1.Pengumuman ini telah dibuat di setiap kolej-kolej kediaman bagi memaklumkan kepada semua mahasiswa tentang tempoh kuaratin kali ini. Namun apa yang merisaukan para mahasiswa ialah penularan wabak ini.Meskipun beberapa langkah pencegahan telah diambil namun ianya telah menjadi perbualan hangat bagi setiap mahasiswa.Bermula esok, semua kelas dan tutorial dibatalkan secara automatik. Para mahasiswa yang menginap di kolej Kediaman Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kolej dan perkhidmatan bas dikatakan akan dihentikan serta merta bagi mencegah penularan wabak H1n1.Selain itu mahasiswa juga tidak dibenarkan pulang ke rumah mahupun dijemput pulang ke rumah oleh ibubapa masing-masing. Menurut seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Khaizar, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum tempoh kuarantin dimumkan, ramai diantara kawan-kawanya telah mengalami beberapa simptom-simpton terutamanya seperti demam, batuk-batuk,selesema dan lemah-lemah badan.Namun hal ini telah di pandang remeh oleh beberapa mahasiswa yang mengalami masalah ini.Ini mungkin merupakan salah satu faktor yang telah menjurus kepada masalah ini. Dengan bermulanya tarikh bagi tempoh kuarantin ini, maka bermulalah tempoh untuk mahasiswa untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan bagi memastikan usaha pencegahan berjalan lancar.
dipetik dari: http://upsi-bloggers.blogspot.com/2009/07/upsi-dikuarantin-dalam-jangkamasa-3.html
klik sini untuk pengumuman rasmi dari upsi portal: http://myupsi.upsi.edu.my/publicNews.jsp?newsID=654