H1N1: Dua pelajar perakaunan UPSI dikuarantin

sekadar gambar penghias peminta pujian pembiga'an hahaha: peter on mask

"Tanjong Malim, 27 Julai - Dua pelajar perempuan program Pendidikan Perakaunan hari ini dikuarantin di Kolej Harun Aminurrashid UPSI kerana disyaki dijangkiti H1N1.
Kedua-dua pelajar terbabit disyaki dijangkiti H1N1 selepas membuat pemeriksaan kesihatan apabila dikatakan mengalami demam dan selsema selepas menghadiri satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM), 25 Julai lalu. Sebaik sahaja disahkan kedua-duanya dikuaratin, kesemua peserta yang mengikuti program tersebut telah diminta membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan UPSI dan hasil daripada pemeriksaan tersebut menunjukkan tidak ada yang dikuarantin selain daripada dua pelajar terbabit. Kedua-dua pelajar terbabit dilaporkan akan membuat pemeriksaan susulan esok. Media sebelum ini melaporkan penutupan beberapa Institusi Pengajian Tinggi, Kolej dan sekolah apabila beberapa pelajar didapati positif jangkitan H1N1 termasuk UUM yang membatalkan semua kuliah dan hanya akan dibuka semula pada 1 Ogos ini berikutan beberapa pelajarnya terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI)."

dipetik dari: http://upsikini.blogspot.com/2009/07/h1n1-dua-pelajar-perakaunan-upsi.html


mercu tanda upsi, bangunan suluh budiman. h1n1 kini di upsi

pasal itula 2 kolej kediaman upsi iatu kolej harun aminurrashid dan kolej ungku omar mengasi kuarantin penghuni²nya. kena in-house quarantine durang semua. kami yg tinggal luar ni kena ambil langkah² bejaga sendiri². harap² semuanya selamat & dilindungi hendaknya. risaw jugak H1N1 ni menular pulak skarang. so should i say yes or no the cuti given? yes and no. sama sejja. cuti nanti ganti juga. anyway, today i'm off "from 29th of july onwards all lects are cancelled until further noticed", that's what my kawan informed me. kawan², doakan keselamatan kami di sini ya. amin.