Baby si Kutcing : )
happy new year 2008 to all! syukur alhamdulillah sbb kita masi dikasi umur panjang oleh-Nya & dapat lagi memijak tahun baru 2008. aii bila suda buka semester baru ni, datangla suda malas mau apdit blog... ni kira ok lagi, kalau suda dapat esaimen, tidur pun lupa suda (aik?! tidur pun buli lupa?). Begini laini kalau jadi mahasiswa, kadang² ada yang perlu kita kasi status 'pending' iaitu tidur la... bila suda cuti semester barula statusnya 'delivered'... kalau cuti semester kenapa kalau satu dua bulan tu ko tidurla nda paya bangun², tiada yang melarang... tapi apa buli buat lama lagi baru cuti sem 2 bulan. ok la, lupakan pasal tahun baru, esaimen, tidur dan cuti dulu...
skarang ni aku mau becerita pasal kutcing kakakku (kak Juhana). nama kutcing kakak kuini si Baby. Dia lagi satu²nya kucing yang ada di rumah skrg... yang lain suda ke 'sana' (di mana? sendiri mau paham²la). si Baby ni leluhurnya dari kacukan parsi sama domestic (kutcing kampungla). nama datuknya si arwah Kudut (domestic) sama neneknya si arwah Samantha (egyptian persian). jadi durang ni dulu dapatla anak 2 ekor, si arwah Sully sama si arwah Fateema. arwah Fateema ni la mama si Baby... bapanya ndak dapat dikenalpasti sbb si Fateema ni dulu penjalan nda pandai diam di rumah... apa yg pasti bapanya ni domestic la... kenapa si Baby ni bebulu panjang macam kucing parsi? hmm menurut kajian veterinar, kucing yang ada leluhur persian generasi pertama nda akan bebulu panjang mahupun ada ciri persian seperti berkaki pendek, hidung yang kecil kemek dan muka lebar. tapi generasi selepas itu akan ada yang berbulu panjang sahaja tetapi fizikal yang lain sama seperti domestic biasa. si Baby ni salah satu contohnya...
baka pun susah suda kita kenal pasti. tapi dulu aku pernah tanya sama doktor haiwan, dia bilang ini kita panggil crossed-persian. apa²la... yang pasti a kucing will always be a kucing. si Baby ni manja betul but pemalas (pemalas? macamla kucing pandai mencuci piring atau melipat kain...). Baby ni memang a house cat, dia akan duduk tidur di rumah seja. kalau keluar pun sekejap seja & nda pernah lari jauh². umur si Baby ni kalau aku nda silap 2 tahun lebih la... dia ni makan memilih la juga... dulu² nasi pun dia nda mau, friskies seja. tapi lama² biasa jugak suda dia. tabiat buruk si Baby ni itula kalau dia berak mana² seja dalam rumah... itulah yang mamaku nda suka... apa²pun, mendapat taraf 'the family's only cat' membuatkan semua orang sayang sama dia! meowwww...