My Real Passion

macam tau² seja c XiGorX yg aku tidur waktu siang :-/ tapi mimang betulpun! huahaha :) apa buli buat, suda kehendak alam (sbb skrg musim monsoon). kalau salji yg turun, mungkin sebulan aku tidur nda bangun² berhibernate. tapi ndala ba pula aku tidur 24 jam... bangun jugak utk makan & tidur balik rite after that... hehehe... c solo bilang jangan tidur telampau nnt belemas badan... betul kata² adikku surang tu... kalau la dia ada di sini balik cuti ada jugak mengurut belakang aku ni... aku ni sebenarnya ada masalah tulang belakang, sakit kalau mlm... tapi nyanyat sudala... sakit nda sakit, idup jugak sbb kabal! hmm...

taim buat show 2004

ok people, ari ni aku mau share pasal aku punya passion which is the idiophone... aii, sussa², kulintangan bei. aku main kulintangan dari kecil lagi... mimang minatla ba, tapi aku serius belajar lagu² kulintangan @ titikan masa aku umur 10 tahun, darja 4 la taim tu. tapi taim tu aku belajar bukan guna kulintangan tembaga tapi guna gabang (a kulintangan-liked instrument but made of wood). but i'm not sure if gabang is under the idiophone class as it is made of wood. apa²pun, dia punya tune sama jak cuma bagi aku, gabang ni nda berapa kuat macam kulintangan & bunyi dia sedapla.


the anak bisay family group

gabang ni kalau di kinabatangan femes di kalangan urang sungai termasuk sungai segama (idahan) sbb mimang alat muzik suku kaum yang merupakan pribumi asal kinabatangan. well, my relatives of my mama's side are idahan including my mama, herself. masa kami kecil lagi atuk kami suda kasi kami satu set gabang, atuk buat khas utk kami. gabang ni dulu² (as what my mum told me) dimainkan semasa musim bepadi... disbbkan kita kena menjaga padi dari dimkn oleh burung & serangga, utk mengelakkan mengantuk, durg mainla gabang sbgi hiburan & juga satu cara juga menghalau tu burung pipit bila durg dgr bunyi bising.

taim show di upsi 2007


gabang jugak dimainkan masa mau mengubat. urang sungai (kecuali sungai segama/idahan), banyak persamaan macam kadazan dusun. urang sungai pun ada pesta menuai tapi bukanla dipanggil tadau kaamatan - ntahla akupun nda ingat. taim pesta menuai urg sungai nipun gabang juga dimainkan sbgi hiburan. kalau aku nda silap, urang sungai merupakan satu²nya pemilik asal gabang ni. urang bajau ada jugak alat muzik macam gabang ni tapi itu dibuat dari bamboo & plat zinc & muzium sabah & lembaga kebudayaan negeri juga suda iktiraf gabang mimang urg sungai jak yg ada. bangga!

in action mengguring pukulan


ok now i want to "story" about the lagu² kulintangan yg aku belajar. disbbkan aku membesar di kinabatangan most of my life, jadi kebanyakan lagu² kulintangan yg aku beguru ialah lagu² kulintangan urg sungai. nda ramai wewayoi (belia) urg sungai di sini yg pandai main. i'd say 5% seja. how sad kan? nda taula kenapa durg nda minat padahal itu warisan ninik muyang durang. paling²pun yg durang pandai main gong seja. so far, aku suda beguru 6 lagu asli kulintangan & i've excelled all of those. bangga jugakla sbb lagu² ni kebanyakannya nda diajar oleh urg² tua tapi atuk & arwah ninik tiriku pula berpikiran sebaliknya, durg pula yg mengajar.

caklempong upsi ko-k team


tapi lagu² tu ntahla apa nama²nya tapi salah satu lagu tu kami panggil lagu nik kong. arwah nenek tiriku mimang pemain kulintangan handalan. biarpun arwah ninik nda nampak (suffer sbb katarak), tapi ninik tau kedudukan kulintangan² tu & nda pernah sala bila main lagu²nya. how great! skrg arwah ninik tinggal kenangan namun usaha arwah ninik & atuk mengajar kami adik beradik main kulintangan & gong nda sia² sbb kami buktikan yg kami mimang minat bila kumpulan kami 6 adik beradik ditubuh pada tahun 2004 dengan nama anak bisay. among cousins pun, kami adik-beradik jak yg pandai main.


banyak jugakla show yg kami diundang & kebanyakannya majlis² peringkat negerila yg dibuat di sandakan. antaranya perjumpaan tahunan majlis perbandaran sandakan, pelancaran bandaraya sandakan nature city, ambang merdeka peringkat negeri sabah 2004 & banyak lagi. aku baru lps spm & menunggu result & kakak²ku pun baru abis study dari u. pas aku masuk form 6, kumpulan kami slalu nda dpt memenuhi permintaan sbb taim aku study, my mama won't allow me to ikut² show suda. plus, taim tu my siblings yg lain pun suda kerja. jadi kami semua busy dgn komitmen masing. namun, smpi skrg kumpulan kami masi hidup lagi & masi lagi main tutamanya bila kami adik beradik tekumpul semua... jadi dipendekkan cerita, aku pandai main lagu² kulintangan urang sungai jak...


for your information, aku sebenarnya urang bisaya brunei of kuala penyu (my dad). tapi disbbkan kami suda lama tinggal di kinabatangan ni, we're already part of the urg sungai sudala. jadi budaya & adat urg sungai mimang aku makan sudala. masak suda. but too bad, sikit seja yg aku tau pasal budaya urg bisaya brunei. kalau muli kampung pun, diam² seja sbb congol nda paham & pandai cakap bisaya. monong monong! hmm... tapi cakap brunei aku pandai jugakla. tapi yg paling aku mahir becakap ialah bahasa sungai segama a.k.a idahan. sbb dari kecil suda dengar tu bahasa, my relatives of my mama side pun selalu bawak kami cakap segama sampai cun suda skrg. hihihi... cerita kulintangan bejurit sampai cerita bahasa... aiii...


cerita lagi... skrg aku study di upsi. mula² fikir bakatku ni akan teberenti. rupanya² dicari jugak urg. masa sem 2 2006/2007, aku masuk muzik tradisional 1 upsi & aku masuk team caklempong (alat muzik tradisional urg minangkabau). jurulatihku taim tu c fizzy sherani & dia ni mimang tahap gabanla bila main caklempong, tangannya kiri kanan hidup semua - respect la sifu! kira dia ni sifu ku la. dia la yg perasan macam aku ni ada bakat - dia tau yg aku tau main. biarpun lagu² lain antara kulintangan & caklempong, tapi basic pukulan berbunga & bertingkah banyak yg sama. akhirnya aku main gereteh (lead playerla). tanpa aku, nda bebunyila caklempong tu... huahahaha!


lagu minang ni mimang bebeza banyakla dgn lagu kulintangan. caklempong ni ada kod do re me nya. nda macam kulintangan. jadi setiap kali main, kenala bawa skor nya. pandai nda pandai. tinguk seja. yg aku suka pasal caklempong ni pula kebanyakan lagunya cepat² & bilangan pemainpun ramai dlm 8 urgla. bestla main ramai² ni & urg suka tinguk pemain gereteh main bila pukulan yg dibuat ada bunga (bertingkah maut) & aku tidak terkecuali menguasai pukulan tingkah ni. tinguk tu gambar aku taim show.


ok la panjang betul ni cerita ku ari ni... nnt seja sambung... ada apa² mau tanya, tinggalkan jak misitz ok. bye from PEJUANG BUDAYA!



click link ni utk dengar sample bunyi kulintangan: http://www.mysabah.com/kt

ini pula utk info caklempong: http://www.caklempong.com by caniago group, negeri sembilan