Seminar Kecemerlangan di SMK Raja Perempuan Kelsom


Nila antara gambar² yg sempat aku ambil semasa jadi fasilitator seminar kecemerlangan pelajar di SMK Raja Perempuan Kelsom (RPK), Kuala Kangsar Perak pada bulan 4 dulu. Gambar yg atas ni aku begambar sama salah sorang geng kodou karas aku dalam batch TESL, none other than the one & only Miss Rowena Loh Lin Na. Miss u moi! Hehehe Bangunan atas tu merupakan bangunan bersejarah di negeri Perak yg skrg ni jadi kelas & pusat pentadbiran sekolah ni. Utk pengetahuan kamu semua, sekolah ni sekolah all girls & merupakan salah satu sekolah tip top di negeri Perak terutamanya di Bandar DiRaja Kuala Kangsar selain Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Bangunan atas ni dulunya merupakan rumah residen British di Perak iaitu Hugh Low... Ingat? Buka balik buku sejarah tingkatan 2... Hehehe



Gambar ni pun diambil di bahagian dalam bangunan tu. Walaupun bangunan tu sebahagian daripada RPK suda, tapi dia masih dibuka utk tatapan pelancong & pelawat.


Menerima cenderahati daripada Penolong Kanan RPK.

Bergambar sama anak² murid RPK. Durang suma ni pelajar tktn 3.


Barisan fasilitator dgn gaya 'tunjuk apaitu?'. Hehehe Miring sikit... Hehehe